~~~Hey You..Yes U!!~~~

HeY..ThaNx For ViSiTIng My BloG
It'S noThiNg acTuaLLy
I jUsT need to WriTe tO FeeL beTter
WheN loT haS GoIng On iN LifE, I neEd a Place whEre I can Rest and StaY GroundEd

LoVe Ya..
amalina

Monday, January 23, 2012

Menuju Percintaan Selepas Berkahwin

Hi.
sy rasa nk menulis entry yg agak serius sedikit intipatinya hari ini (chewaahh)
perkahwinan adalah topik yang sgt panas bagi umur sy sekarang ni
orang tua cakap "bunga tengah mekar berkembang menunggu untuk dipetik" =)
Tak sy nafikan. terpalit juga perasaan ingin berkahwin
Mana mungkin sebagai manusia biasa tiada perasaan begitu
Sudah fitrah manusia dijadikan berpasangan, bukan?
Soalan yang sering sy terima akhir-akhir ini ialah "Bila nak kahwin? Takkanlah tak ada calon lg?"
Secara jujurnya, sy sudah agak tidak berperasaan dengan soalan begitu.Mana mungkin sy ada jawapan pada perkara yg bukan ditulis oleh sy aturannya.
Dan ada juga yang risau melihat sy belum bertemu calon dan sebagainya menyebabkan sy tersenyum sendiri
"I am OKAY "
Ini adalah jawapan ikhlas dr hati sy yg benar-benar menerima qada' dan qadar Ilahi

Sy tidak mahu mempunyai calon untuk bercinta
Sy mahu lelaki yang halal untuk sy cintai

dengan kata lain, sy hanya percaya pada percintaan selepas berkahwin
Saya melihat percintaan sebelum berkahwin itu adalah satu perkara yang sangat merugikan
Katakan sy kolot atau sebagainya, tapi begitulah keinginan hati saya
Hati sy "kedekut" untuk berkongsi perasaan dengan seorang lelaki ajnabi yang tidak diciptakan untuk sy sebagai Imam di dunia dan teman di akhirat kelak
Dosa sy sebagai seorang perempuan yang tidak mempunyai kekasih ini telah terlalu banyak untuk ditambah dengan dosa sy ber"khalwat" dengan lelaki ajnabi walaupun bukanlah secara zahirnya.
Sy tidak mahu membuang emosi merasa risau, sedih, kecewa pada seorang lelaki yang telah tertulis ditakdirkan untuk orang lain. It such a waste!
Jadi, sy rs tidak mengapa jika terlambat sedikit panggilan jodoh itu asalkan berbaloi.
Sy bukan mencari kesempurnaan. Tetapi mencari pelengkap bagi kekurangan sy.
Pada pandangan sy, Suami sy adalah seorang lelaki yg tidak pernah sy kenali, tetapi telah ditakdirkan Allah untuk sy TAATI dan POHON KEIZINAN untuk setiap hal dalam hidup sy selepas akad dilafazkan. He sounds like a VERY important person, right? Well, HE IS! Sebab itulah sy memandang hal jodoh ini sangat serius dan penting. Dia bukanlah lelaki yang sekadar untuk mengisi masa lapang sy, sekadar teman berborak, sekadar teman makan, sekadar teman untuk mendengar luahan.
I live without "sekadar teman" just fine.
Habis tu kenapa sy perlu berkhawin? Jawapannya, sy perlukan pasangan untuk bawa sy ke peringkat perjalanan seterusnya. Perjalanan menuju akhirat. Perjalanan yang sy tak mampu nak jalani sendiri walaupun sekarang sy telah pun memulakan perjalanan itu. Kerana, dengan menjadi isteri, seterusnya menjadi ibu, jalan menuju ke syurga itu lebih mudah digapai dr bersendirian. Selepas menjadi isteri dan ibu, segala perbuatan kepada suami dan anak-anak adalah pahala, walaupun hanya dengan seringan-ringan perbuatan. Lagipun, dunia ni hanyalah tempat kita singgah sahaja. Janganlah terlalu taksub dengan keinginan dan nafsu diri sendiri sehingga terlupa tujuan kita diciptakan.
Untuk teman-teman sy yg masih "single" dan mencari, tak perlu risau, Allah Maha Mendengar. Lebih baik berada dalam keadaan begini daripada berada di dalam satu perhubungan yang terhasil atas keinginan nafsu dan tiada penghujung. We r so better than that.Sementara kita single ni, marilah kita lengkapkan diri kita dengan ilmu menjadi isteri solehah dan ibu mithali.
Jom! Mari menuju ke perhubungan selepas perkahwinan. Subhanallah

*Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah*




2 comments:

nurul said...

Allah Maha Mendengar tiap doa yg dipohon oleh hambaNya. same situation with me. soalan2 yg dah lali kat telinga ni mendengar :) sekadar senyum dan kata,"tunggu kad je nanti tau. nanti saya bg". hehe.

SNAK said...

Yup.betul tu..somehow org2 ni terlebih concern..hehe.Allah knows best :)

I'M in The MooD of This