~~~Hey You..Yes U!!~~~

HeY..ThaNx For ViSiTIng My BloG
It'S noThiNg acTuaLLy
I jUsT need to WriTe tO FeeL beTter
WheN loT haS GoIng On iN LifE, I neEd a Place whEre I can Rest and StaY GroundEd

LoVe Ya..
amalina

Sunday, August 18, 2013

Rahsia hidup rahsia Allah

Hari ni baca blog seorang wanita yang anaknya tidak sedarkan diri selepas komplikasi ketika melahirkan anak. Baca dari kaca mata ibu terhadap anaknya cukup buat aku tersentuh. Dari anak yg sihat kepada anak yang terlantar dan tidak dapat memberikan respon. Her mother must be dying inside.

It got me thinking though
What will happen to me in the future?
Adakah Allah takdirkan aku sihat dan dapat beranak cucu
Atau Allah takdirkan aku kembali kepadaNya dalam waktu yang terdekat
Atau Allah takdirkan aku sakit dan tidak berupaya 
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Tidaklah aku memiliki pengetahuan sedikit pun
Aku sibuk, sungguh sibuk memikirkan masa depan yang aku ingin raih. Membina keluarga. Membina kerjaya. Sehingga aku lupa, ketentuan itu milik Allah. Astaghfirullah
Ya Allah, aku pentingkan diri. Aku tidak mahu sakit, aku tidak mahu menderita, aku tidak mahu rebah.
Ya Allah, aku tidak sedar aku lemah. Aku perlu meminta. Aku sombong 

Allah Allah
Sucikan hatiku
Lapangkan dadaku
Aku takut Ya Allah
Aku takut aku tewas ketika diriMu bentangkanku ketentuanMu
Aku khuatir aku hilang keyakinanku kepadaMu
Ya Allah, ujianMu, kuatkan lah aku. Jangan biarkan kesakitan menanggung ujianMu merobek hatiku sehingga aku hilang pertimbangan
Ya Rabb. Kasihanilah hambaMu yang lemah dan hina ini
Amin ya Rabbal Alamin
There was an error in this gadget

I'M in The MooD of This