~~~Hey You..Yes U!!~~~

HeY..ThaNx For ViSiTIng My BloG
It'S noThiNg acTuaLLy
I jUsT need to WriTe tO FeeL beTter
WheN loT haS GoIng On iN LifE, I neEd a Place whEre I can Rest and StaY GroundEd

LoVe Ya..
amalina

Monday, February 13, 2012

faham hakikat hidup

Hari ni mood sy sgt off. Taktau la kenapa.rasa nk duduk dlm bilik diam2 dan xnk jumpa or cakap dengan sesiapa. Dalam hati rs sgt lost dan murung tanpa ada sebarang sebab pun. i know that i shouldn't be in that state because i'll just end up hurting myself.

Perkara yang sy selalu buat bila sy dlm keadaan mcm ni adalah cuba faham balik tujuan penciptaan sy. Sy dicipta untuk beribadat dan status sy dlm dunia ini adalah hamba. Tetapi sy hidup dengan angkuh. Sy hidup dengan meminta minta. Dan bila tidak diberi sy merajuk,sy marah. Astaghfirullah. Sy bukan makhluk Nya yg terbaik. Sy tahu itu. Tp sy boleh sekurang2nya jd makhlukNya yg sedar di mana tempat sy berada. Bila sy realize benda2 ni,sy jd malu untuk jd moody tak tentu pasal. Sy tak ada hak pun nak hidup dengan pemikiran bahawa 'ni hidup sy,suka hati sy la nk merajuk ke,nk marah ke' sbb sy tahu sy diwujudkan dengan tujuan dan bukan terjadi dengan sendiri. Cuba kita bayangkan,jika kita dapat mencipta sesuatu dengan tujuan khusus, tetapi akhirnya ciptaan itu tidak bertindak mengikut arahan. Kita pasti marah bukan?mesti kita akan ckp 'tak sedar diri betul'. Tapi Allah terus menerus mengurniakan rezeki tak putus2 walaupun kita sehari tu kdg2 langsung tidak pedulikan Allah. Astaghfirullah. Bila dah faham hakikat ini,mahukah lagi kita hidup secara pentingkan diri sedangkan kita ini diwujudkan dan tanpa ihsan Allah,tak mungkin kita dapat pijak bumi dan rs hidup yg kita ada skrg. Wallahualam.


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

There was an error in this gadget

I'M in The MooD of This