Marhaban Ya Ramadhan
aku harap untuk jumpa sesuatu di ramadhan ini
aku ingin merasa nikmatnya puasa itu
nikmatnya menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu itu
dan semoga apabila ramadhan berakhir, akan membawa diri aku yang lama dan kekal lah diri aku yang baru
insyaAllah
23 tahun yang sudah
banyak yang aku terlepas
mungkin aku menang dalam menahan lapar dan dahaga
tapi hawa nafsu, aku msih sangat tewas
sangat tewas
hasilnya adalah siti nur amalina yang biasa
yang dalam hatinya masih sama
mungkin Allah sangat sayangkan aku
kerana, banyaknya khilaf yang aku lakukan
masih menggunung juga pertolongan dariNya
Kasih sayangNya, subhanallah, kerdil aku untuk memperkatakan tentangnya
Alhamdulillah
kerana aku rasa sangat gembira untuk sambut ramadhan kali ini
aku ingin berubah
iman ku, ingin aku perbaiki
aku ingin rasa nikmatnya cinta Allah itu
nikmatnya pengaduan kepadaNya
aku hanya ingin menangis di ribaNYa
Ya Allah, di ramadhan ini, peluklah aku, ragutlah dosa-dosaku, hadirkanlah pemikiran yang berbeza, hati yang lebih insaf, peribadi yang lebih ulung, aku ingin merasai nikmatnya sentuhanMu. Jangan tinggal kan aku sekelip mata jua. Itulah pintaku. Penuhi aku ya Allah..dengan cintaMu. Amin
No comments:
Post a Comment